POLITIK DAN KEKELIRUAN MASYARAKAT MELAYU MUSLIM
Segala puji bagi Allah yang telah memilih diri ini sebagai hambanya, segala puji bagi Allah yang mengizinkan diri ini bertuhankanNya. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan hati ini untuk memburu keredhoanNya. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW dan para sahabat dan tabiin.
Umumnya kita menyedari bahawa kekalutan cara berpolitik masyarakat muslim Malaysia sangat membimbangkan. Bangsa melayu muslim khusunya pula sering keliru dan menjadi mangsa gerakan politik jahiliyah moden. Semua pihak punya kelemahan tersendiri. Ahli politik, para pengundi dan umumnya rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan penuh sedar dalam berpolitik.
Sejak dahuu hingga kini, masyarakat kerap berbalah dalam hal politik. Tidak kurang juga yang suka memaki -hamun. Adakalanya tidak bertegur sapa sehingga membentuk masyarakat yang hidup saling berdendam. Lebih teruk lagi , politik juga melahirkan masyarakat yang sentiasa mahir untuk berbohong dan menfitnah . Budaya samseng, sombong, bongkak dan sebagainya juga lahir dari sini.
Ada pula yang berkata “ politik tidak boleh di bawa masuk ke masjid ”. “ Jangan kotorkan masjid dengan bicara politik ”. Kadangkala kita mendengar pula ungkapan “ jangan mempolitikkan isu ini !!...jangan asyik sibuk berpolitik…!! ”.
Kekeliruan masyarakat bertambah apabila Parti A berkata kepada Parti B “ itulah Parti B asyik berpolitik 24 jam hingga rakyat tergadai ”. Pada ketika yang lain Parti B pula menyergah Parti A dengan nada yang sama. Akhirnya bagaikan politik itu haram di mana-mana dan pada apa jua ketika.
Persoalannya tidakkah Allah menuntut Rasul SAW membentuk kuasa politik di Madinah untuk kelangsungan kejayaan Risalah Tauhid di bumi Allah ?
Inilah keadaan yang mengakibatkan wujudnya kelompok masyarakat yang menyisihkan politik dalam kehidupan. Lebih parah lagi mereka beranggapan ajaran islam yang sebenar tiada kaitan sama sekali dengan politik. Justeru buat mereka yang mengakui dirinya seorang muslim, mereka perlu memahami segala masalah menurut kaca mata syara’.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan
lebih elok pula kesudahannya.
Catatan ini akan memberikan sedikit perkongsian ilmu berkaitan politik di dalam kehidupan seorang muslim. Sehingga sang muslim itu benar-benar sedar bahawa urusan politik juga sangat mempengaruhi iman dalam diri.
No comments:
Post a Comment