Politik Di Dalam Kehidupan Seorang Muslim....(Siri 2)

Sebab masyarakat kalut dalam politik


Di dalam hal ini penulis berpandangan punca utama kekalutan ini ialah kerana masyarakat tidak memahami konsep sebenar politik dari kaca mata islam.Mereka tidak memulakan dunia politik mereka dengan ilmu.

Mereka hanya memahami politik menurut cara datuk nenek moyang mereka.  Cara berpolitik begini sangat membutakan akal dan hati.Mereka hanya berpolitik kerana ingin menyara anak bini atau sekadar membalas budi. Akhirnya mereka tidak dapat membezakan antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid  



Dan apabila dikatakan kepada mereka Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah mereka menjawab: (Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)?   ( Al-Baqarah Ayat 170 )




Kefahaman politik mereka hanya bersumberkan surat khabar harian dan telivisyen. Kefahaman politik mereka terbatas dalam soal menang dan kalah dalam pilihanraya atau debat perdana. Kefahaman politik mereka tidak menjangkau pada topik-topik yang lebih luas dan asas. Mereka hanya berbangga-bangga dengan lebal bangsa dan budaya setempat.

Mereka mengundi seorang calon kerana calon itu segak atau wajahnya kerap keluar masuk tv. Ada juga yang mengundi sesuatu parti kerana bendera parti itu banyak terpacak di kawasan mereka.

Hakikatnya mencari suatu kebenaran bukan suatu yang mudah. Bukan suatu yang sekadar ikut-ikutan. Bahkan kebenaran itu perlu diselidiki, dikomentari, dibanding-bezakan. Manakala sumber maklumat mestilah pelbagai agar tidak berlaku sindrom syok sendiri yang menjerut mata hati.

Walau hebat macammana sekalipun seseorang itu,  pertolongan dari Allah mesti di pohon.Malang sungguh seseorang itu jika berpuluh tahun menyertai PRU, tidak pernah sekalipun dia melakukan solat istikharah atau hajat memohon petunjuk kepada Yang Maha Kuasa .

Sebagai seorang muslim yang jujur dengan imannya , sentiasalah memohon kepada Nya agar tangan ini sentiasa menyaksikan sebuah undi yang benar-benar mengangkat pemimpin yang adil dan bertaqwa. Di sinilah kemuncak kejujuran seseorang di dalam pilihanraya.




 


Dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). ( Ayat 83 : Surah an-Nisaa’ )





Politik Itu Halal...Politik Itu Haram.... 


“ Ini tiga segi bukan empat segi ” laung Ali penuh semangat. … Tidak..bukan…sebenarnya ini empat segi … kau ni bodoh tidak boleh diajar ke haa !! ”.  Bidas Abu yang memuncak amarahnya.


Sebenarnya perbalahan ini berpunca daripada lemahnya kefahaman mereka berkenaan objek yang mereka debatkan. Mereka tidak mengenali objek itu secara menyeluruh. Ditambah pula dengan sikap ego sombong bodohnya.

Sebenarnya sebuah pyramid kalau dilihat dari tepi ia berbentuk segi tiga tetapi kalau dilihat dari bawah kelihatan tapaknya adalah segi empat tepat.

Inilah masalah besar yang melanda masyarakat . Mereka tidak memahaminya. Malas membaca, malas mengkaji, malas belajar dan mendengar ilmu.

 


Bersambung pada siri ke 3.....

No comments:

Post a Comment