Politik Dalam Kehidupan Seorang Muslim......( Siri 4 )


KONSEP IMAAMATUL ‘ UZMA (الإمامة العظمى ) 
ATAU KHILAAFAH ( الخلافة ) / KHALIIFAH ( الخليفة ) 


Ciri Pemimpin Perwatakan Rasul (Menarik!) | Informasi Melayu Kini ... 


Sejak kewafatan Baginda SAW, persoalan kepemimpinan ummah diteruskan oleh sahabat-sahabatNya. Sahabat yang menggantikan Baginda Saw sebagai pemimpin ummah pada ketika itu digelar Khaliifah atau Khilaafah atau Imamatu Uzma. Tiga perkataan ini membawa maksud pemimpin tertinggi ummat pada ketika itu.


Walaupun cara atau pendekatannya berbeza tetapi asas mereka tetap satu iaitu Al Quran.Oleh hal yang demikian sarjana islam dulu dan kini telah banyak mengupas persoalan kepemimpinan tertinggi melalui tajuk-tajuk seperti berikut : 

• IMAMATUL “UZMA ( الإمامة العظمى) 
• KHILAAFAH ( الخلافة ) 
• KHALIIFAH ( الخليفة ) 
• AD DAULAH ISLAMIAH ( الدولة الأسلامية ) 


Secara mudah terjemah makna tajuk-tajuk di atas adalah seperti    di bawah : 

Imamatu ’Uzma bererti =
 kepemimpinan Tertinggi.
 

Khilaafah atau khaliifah bererti =
Pengganti Baginda SAW iaitu penerus risalah Nya di muka bumi.

Ad Daulah Islamiah pula bererti =

Negara yang diperintah oleh Politik Syar’i.

Politikus muslim, para pengundi muslim dan rakyat umumnya  perlu menganalisis persoalan ini agar undi yang diberi adalah suatau ibadah dan bukan suatu yang merosak aqidah. 


Walaupun istilahnya adalah Imamatul ‘Uzma, iaitu pemimpin tertinggi ummah seperti Khaliifah Ar Rasyidin yang empat sehingga Khaalifah terakhir umat islam iaitu Khilafah Uthmaniah , konsepnya atau ciri-cirinya atau sifat-sifatnya sangat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam persoalan kepemimpinan secara umum. 
  
Inilah sebahagian asas dan panduan untuk mendepani persoalan kepemimpinan atau politik.




APAKAH ERTI IMAAMATUL ‘ UZMA ( الإمامة العظمى ) ( ATAU 
KHILAAFAH ( الخلافة ) ( / KHALIIFAH  ( الخليفة  ) 


 
Memilih Pemimpin Amanah Untuk Kesuksesan Bersama | Catatan DhykTa 


TAKRIF :


A- Ibnu Khaldun

(( Mukaddimah Ibni Khaldun (Cet. Muassasah Al A’limi lil Matbu’ah, Berut, m/s : 191) )) telah memberikan takrif “ Imamatul Uzma ” seperti berikut :

خلافة عن صاحب الشرع
في حراسة الدين وسياسة الدنيا به.

Maksudnya
Pengganti ( pelaksana hukum-hakam) Pemilik Syarak (Allah)
dalam ( urusan ) memelihara agama ( islam ) dan
mentadbir dunia dengan agama (islam).



B- Imam Mawardi

( Al Ahkam As Sultoniah wal Wilayat Ad Diniyyah (Cet Maktabah Taufiqiyyah Mesir, Tahkiq : Imad Zaki Al Barudi, m/s 15.) )) pula menta’rifkan “ Khilafah ” iaitu :

الإمامة موضوعة لخلافة النبوة
في حراسة الدين وسياسة الدنيا 

MaksudnyaKepimpinan ialah suatu perbahasan mengenai – Pengganti Nabi / Rasu
dalam urusan menjaga atau menegakkan agama - dan mentadbir dunia 



C- Qodhi Abdul Rahman Al Iji

(( Al Khilafah Al Islamiah (Cet Maktabah Darussalam Mesir, karangan : Profesor Dr Shoodiq Syaayif Nu’man m/s 14.) )) pula menta’rifkan Khilaafah seperti berikut:

خلافة رسول الله
في إقامة الدين بحيث يجب إتباعه على كافة الأمة .

Maksudnya :
Pengganti ( pelaksana risalah) Rasulullah SAW
dalam melaksanakan ( tuntutan ) agama dan mentadbir dunia
Ketika itu wajib seluruh rakyat mentaatinya
.


D- Prof Dr SHoodiq Syaayif Nu’maan

(( Al Khilafah Al Islamiah (Cet Maktabah Darussalam Mesir, karangan : Profesor Dr Shoodiq Syaayif Nukman m/s 15.) )) pula menta’rifkan Khilaafah seperti berikut

رياسة عامة تتمثل أن الخلافة
في إقامة الدين وسياسة الدنيا به
لشخص واحد من الأشخاص خلافة عن النبي .

Maksudnya :
Sesungguhnya Khilaafah ialah Ketua umum / pemerintah
yang digambarkan (berperanan )
dalam melaksanakan ( tuntutan ) agama dan
mentadbir dunia dengan agama
(Khilaafah itu) adalah milik individu tertentu
(yang merupakan)
pengganti (pelaksana risalah ) Nabi SAW


Atau dengan maksud  sesungguhnya khilafah ialah ketua umum yang digambarkan sebagai pengganti nabi (pelaksana risalah nabi). Manakala jawatan Khilaafah itu adalah milik individu tertentu yang memiliki syarat tertentu untuk melaksana tuntutan agama ( syara’ ) dan mentadbir dunia dengan agama ( syara’ ).


KESIMPULAN DARIPADA TAKRIF DI ATAS


Kesimpulan dari takrif di atas ialah :


Idea 1) Pemimpin / ahli politik ialah ‘ Pengganti Pemilik syarak :Ini bermakna pemimpin / ahli politik adalah pemegang amanah Allah iaitu pelaksana segala syariat Nya di muka bumi .



Idea 2) Pemimpin / ahli politik ialah “ Pengganti Nabi dan Rasul ”:Iaitu penerus perjuangan Baginda SAW dalam menyebarkan risalah tauhid di muka bumi.


Idea 3) Pemimpin / ahli politik ialah mereka yang “ Mentadbir Dunia dengan Asas Agama Islam ” :Iaitu mereka yang mengurus khazanah dunia dan memakmurkan dunia dengan amanah berpandukan Undang-Undang Pencipta dunia dan segala isinya.



Idea 4) Pemimpin / Ahli politik yang wajib diberikan sokongan dan dokongan ialah Pemimpin atau ahli politik Yang melaksanakan amanah Allah, yang meneruskan risalah Rasulullah SAW dan yang mentadbir dunia dengan syariat Allah.



TUGAS POLITIKUS MUSLIM 

Umumnya tugas politikus muslim ialah meneruskan risalah Baginda saw iaitu

1) DENGAN MEMELIHARA ISLAM DAN MELAKSANAKAN TUNTUTANNYA.
2) MENTADBIR URUSAN DUNIA DENGAN ADIL MENURUT ACUAN ALLAH
     DAN RASUL 


Ahli politik tidak boleh semata-mata mengejar dunia dan meninggalkan akhirat atau memburu akhirat dan mencuaikan dunia.

Memelihara islam bererti memelihara keadilan dan kesejahteraan hidup semua manusia di dunia atau akhirat.

Pentadbiran berdasarkan undang-undang Allah pula menjamin kemajuan, kesatuan dan keharmonian hidup yang adil dan menyeluruh. Sekaligus mengekang sifat tamak haloba dan nafsu buas manusia dalam mengurus diri dan negara amnya.  

Halal dan Haram Dalam Politik


 

Dari sisi lain,ia bermaksud haram memberi sokongan dan dokongan terhadap pemimpin yang yang tiada ciri-ciri di atas. Iaitu pemimpin yang khianat dengan amanah Allah dan Rasul SAW kerana ia sangat berpotensi mengkhianati rakyat.

Allah berfirman dalam surah Hud ayat 113 : 



وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) 



113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Allah berfirman dalam surah Al Maaidah ayat 57 :

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا 

مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧



57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.


Oleh hal yang demikian segala ciri-ciri seorang pemimpin politik yang adil, amanah , bertanggungjawab, berjiwa rakyat dan seumpamanya sarat terkandung di dalam ta’rif di atas.


Walaupun begitu, pemimpin non muslim dengan syarat-syarat yang tertentu masih boleh diberikan sokongan oleh muslim . Persoalan ini akan dibahaskan pada bab seterusnya.

Indahnya politik syar’i. Ia tidak mengagungkan-agungkan kemahuan politik bangsa yang penuh rasis. Ia hanya mengagungkan-agungkan kemahuan Pencipta sekelian makhluk. Lalu manfaatnya dirasai oleh sekelian makhluk tidak mengira perbezaan  ras dan warna kulit sesuatu bangsa. 

49:13 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)... Al Hujuraat ayat 13


No comments:

Post a Comment