Politik Dalam Kehidupan Seorang Muslim...(Siri 3)

POLITIK SYAR’I BUKAN SATU PILIHAN TAPI KEMESTIAN 

Seorang muslim biasanya sangat peka pada persoalan makanan yang halal. Membelek lebal, mencari kod makan dan logo halal sudah menjadi kemestian ketika membeli makanan. Bank yang menepati syariat pun dibangunkan untuk memenuhi  keperluan pelanggan muslim. Maka lahirlah bank-bank islam yang menawarkan transaksi syar’i.





Jika muslim memahami kewajipan bernikah dengan cara nikah yang syar’i, berpuasa dengan cara puasa yang syar’i, menyembah tuhan dengan cara sembahanang  yang syar’i, dan lain-lain lagi maka begitulah keadaannya apabila mukmin berhadapan dengan persoalan politik. Politik mereka perlu bergerak dengan asas yang syar’i. 

Persoalannya mengapa mereka terlampau gusar pada konsep politik syar’i atau siasah syariyyah atau politik islam dan istilah lain yang seumpamanya ?

Mengapa bagai terperanjak beruk lakunya bila ulamak membimbing manusia ke arah politik yang berteraskan syariat. ?. Mengapa masih keras hatinya terus berkata tiada politik dalam islam ?.

Muslim perlu mengambil dan melaksanakan syariat Allah dengan menyeluruh dalam kehidupan.

Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagi kalian.”  

(Al Baqarah 208)






Jika perkahwinannya mengikut syariat, pakaiannya dan urusan kehidupan lain juga perlu mengikut syariat. Jika mengambil separoh dan mengabaikan sebahagian yang lain, berlakulah fitnah dalam kehidupan.

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya kamu pula berbantu-bantuan (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.. 
(Al Baqarah 85)





Nilai-Nilai Kemanusiaan atau Bangsa Sahaja Tidak Mencukupi
 

 

Di sinilah pemisah antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid. Walaupun politik yang kosong dari nilai tauhid ini mempunyai gagasan perjuangan membela rakyat, bangsa dan seumpamanya, ia tetap terdedah ke arah kesudahan yang penuh dengan warna-warni syahwat haiwani yang membinasakan. 

Manakala nilai manusiawi semata-mata yang kososog dari ikatan syariat sangat buruk sifatnya.Ketika inilah fitnah terbesar akan menimpa kehidupan rakyat jelata. 



 

Manakala politik yang berteraskan tauhid memandu dan memantau naluri dan akal manusia. Politik ini meletakkan redha Allah sebagai tujuan utama gerakannya. Politik ini mengurus ummah dan negara berasaskan Undang-Undang Pencipta. Politik ini merupakan suatu ibadah. 
  
 Politik ini mengikat iman, mendaulat syariat dan merawat akhlak. Inilah Politik Syar’i yang perlu dihadam semula kefahamannya. Seorang muslim perlu mengimani hakikat ini. Sesungguhnya islam yang dibawa oleh Rasul SAW bersifat syumul. Mencakupi semua aspek kehidupan.

Cara menyembah tuhan menurut al syariat ialah solat fardhu lima waktu. Tiada pilihan lain bagi seorang muslim melainkan wajib menunaikannya. Maka cara berpolitik berteraskan syariat Allah juga bukan suatu pilihan tapi ia adalah suatu kewajipan.

Begitulah bandingan yang mudah untuk difahami dalam kewajipan berpolitik mengikut acuan Allah dan Rasul SAW. 




وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا 
أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا (٣٦
 

Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata. ( Al Ahzab 36 )



Rasul Saw dan Politik 

Dr Abdul Aziz Izzat Khiyyat di dalam kitabnya (( Dr Abdul Aziz mendapat PHD Fiqh Perbandingan di Universiti Azhar. Kitab : An Nizhom As Siasi Fil Islam ( Cetakan Maktabah Darus Salam, Mesir, m/s 9,10. )) berkata : 

 Sesungguhnya orang islam itu memiliki asas perundangan politik yang tersedia. Asas perundangan politik ini telah dimulakan oleh Baginda Muhammad SAW. Baginda SAW telah menjelaskan kandungannya, telah mengasas hukum-hukumnya, telah menjelaskan kaedah-kaedahnya dan asas politik ini telahpun dilaksanakan sesudah kewafatan Baginda SAW oleh khilaafah / pemimpin islam selepas Nya…. 

 Walaupun sebahagian Khalifah –Khalifah yang memimpin ummah pada ketika itu punya kelemahan dalam melaksana hukum islam dan sebahagian masyarakat hanyut dalam maksiat dan melakukan kesalahan. Tetapi itu bukan persoalannya kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan.
 Apa yang lebih penting , pengajarannya ialah pada zaman itu pemerintah negara telah meletakkan hukum-hukum Allah sebagai asas politik mereka, syariat-syariat diterapkan dan undang-undang Allah di kuatkuasakan……….” 



Fitnah Ummah Masa Kini 





 


Setiap zaman memiliki corak fitnah kehidupan yang berbeza-beza.


Fitnah ummah di zaman Nabi Musa Alaihissalam adalah amalan sihir yang bermaharaja lela. Fitnah ummah di zaman Nabi Luth pula ialah  perilaku sex sodom mereka. Begitulah seterusnya.


Jika boleh penulis katakan bahawa fitnah ummah masa kini adalah kerana kejahilan mereka dalam politik. Samaada jahil ketika  berpolitik atau jahil ketika menolak politik.


 Akhirnya kejahatan menjadi raja manakala kebaikan menjadi hamba. Ketika inilah yang bodoh disangka cerdik yang cerdik dianggap bodoh. Kebaikan dianggap  jahat manakala kejahatan dianggap baik. Bermulalah gelombang fitnah yang amat dahsyat.



Bersambung pada siri ke 4...... 

No comments:

Post a Comment